Resepi Ayam Paprik

Resepi Ayam Paprik paling sedap. Ayam paprik boleh dimakan bersama nasi putih dan nasi goreng juga.

resepi ayam paprik sedap

Bahan Memasak Ayam Paprik:
6 ketul ayam – dipotong dadu kecil
4 ulas bawang putih – diracip halus
2 biji bawang besar – dibelah dua dan diracip kasar
2 biji cili merah – dipotong serong
15 biji cili api – ketukkan
4 helai daun limau purut – dihancurkan dulu
bunga kobis – dipotong kecil
4 biji putik jagung – dihiris serong
1 biji karot – dipotong kecil
4 biji kacang panjang – potong 1 inci-1inci
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan cili sos
4 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos tiram
Sedikit garam
2 1/2 cawan air bersih
Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak kedalam kuali. Tumis bawang putih hingga baunya naik.
2. Masukkan cili kisar tadi. Tunggu sehingga minyak pecah.
3. Masukkan semua sos tadi. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam yang dipotong tadi. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain tadi. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. Boleh tambah air panas jika mahukan lebih cair. Ikut selera masing-masing.
8.Taburkan bawang goreng dan apa-apa hiasan yang anda minat.

P/s: Oh ya, Paprik Ayam sesuai diserasikan dengan tom yam berserta telur dadar. =)

Resepi Ayam Masak Merah Istimewa

Resepi ayam masak merah istimewa dan mudah disediakan. Masak dalam 30 minit sahaja.
ayam masak merah istimewa
Bahan bahan untuk resepi ini:

Seekor ayam (lumur terus garam dan kunyit untuk digoreng separuh masak)
Dua biji bunga lawang
Satu batang kulit kayu manis
4 sudu sos cili
60 ml santan segar (guna kotak pon boleh)
250 ml air masak
4 buah tomata
Garam dan gula

Bahan bahan untuk dikisar halus:
4 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 cm halia
18 tangkai cili kering dikisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang Holland
5 biji bawang putih
2 cm halia hiris kecil-kecil

Cara cara Penyediaan:
1. Tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata di dalam minyak panas tadi.

2. Selepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sehingga bau cili hilang.

3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Elakkan goreng ayam terlalu masak kerana akan menyebabkan ayam menjadi agak liat. Kacau rata dan biarkan seketika.

4. Kemudian masukkan air mengikut sejumlah yang disukai. Kalau suka pekat, pekatlah, kalau cari, lebihkanlah air. Lepas tu masukkan santan segar tadi.

5.  Akhir sekali masukkan sedikit garam dan buah tomato. Masak sehingga mendidih selama beberapa minit. Taburkan sedikit gula, boleh guna juga gula merah untuk lebih sedap. Bila rasa dah okay, warna dah naik, itu maksudnya lauk sudah sedia dihidang! =)

P/s: Ayam masak merah sedap dimakan bersama nasi tomato atau nasi briyani. Jangan lupa like dan share resepi ini dengan kawan-kawan ya.

Resepi Kailan Ikan Masin Ala Thai

Resepi Kailan Ikan Masin Ala Thai special dari chef. Amat mudah untuk disediakan dan sangat sedap serta membuka selera.

resipi kailan ikan masin ala thai

Okay, bahan untuk masak kailan ikan masin ala thai ni:

Bahan Masakan:

1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya juga amar mudah untuk disediakan.

Cara-Cara Penyediaan:

1. Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
2. Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
3. Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.

P/s: Sayur kailan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan ikan bakar, atau pun apa-apa seafood punya lauk. Jangan lupa hidangkan bersama air Jus Tembikai Laici barulah hidangan jadi meriah. =)