Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Minyak

No Comments

Resepi Nasi Minyak selalunya dihidangkan di majlis kahwin yang mana nasi minyak menjadi menu utama bersama nasi putih.Selain rasa nasi minyak ini yang sedap ,nasi minyak juga mempunyai warna yang menarik dan digemari ramai.

image

 

 

 

 

 

 

Bahan bahannya :
4 cawan beras basmathi
6 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

Bahan tumis :
3 biji bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

Cara memasaknya :
1.Basuh beras dan rendam beras lebih kurang sejam .
2.Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
3.Kemudian masukkan air , susu cair , daun pandan dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan beras , garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.
4.Selepas dikacau sebati , angkat periuk nasi di atas dapur dan masukkan ke dalam badan periuk nasi elektrik untuk proses memasak seterusnya (macam kita masak nasi biasa guna eletrik).
5.Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini menjadi nasi miyak.

P/s:Resepi Nasi Minyak ini boleh dimakan dengan ayam sambal atau kari daging.

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5