Resepi Dapur Malaysia

Kimchi Emergency

No Comments

kimchi

Bahan-bahan:

  • 1 biji kubis cina panjang (yang besar belah 4 & amp, potong panjang 2 inci)
  • 1/2 cawan garam
  • 1 cawan serbuk cili (saya guna babas je)
  • 1/2@1 cawan kicap ikan (hati2 jangan tuang semua sekali sebab masin)
  • 4@5 sudu besar gula
  • 4@5 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 batang carrot (potong saiz batang mancis)
  • 3 batang daun bawang cina besar (potong serong)

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan kubis dalam besen. Tabur garam 1/2 cwn, biarkan 20-30min. Balik-balikkan setiap 10 min. Bila air kubis dah habis keluar, basuh bersih dengan air dan toskan kubis. Untuk Pes: Gaul serbuk cili, kicap ikan, gula, bawang putih, carrot dan daun bawang sampai rata. Air carrot akan keluar dan pes akan terbentuk.
  2. Rasa pes, mesti cukup masin, manis & pedas. Jika tak cukup, tambah sesedap rasa.
  3. Bila dah okay, campur kubis yang telah dicuci & ditos. Masuk dalam bekas & padatkan. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Boleh makan terus jika nak. Boleh letak sedikit di luar jika nak cepat jadikan jeruk. Tahan lama simpan dalam peti ais.

Dah siap kimchi emergency ni. Sangat mudah dan ringkas. Boleh share dengan rakan-rakan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5