Resepi Dapur Malaysia

8 Jenis Kacang Ini Sangat Berkhasiat Dan Bagus Untuk Kesihatan

No Comments

Memang sedap jika dapat mengunyah kacang , nak lagi jika sedang menonton televisyen dan sedang beriadah.Akan tetapi , anda perlu tahu sesuatu perkara mengenai kacang,kacang kaya dengan nutrisinya yang tersendiri.Setiap kacang mempunyai khasiat pada tubuh badan kita.Oleh itu , mari kita lihat jenis-jenis kacang yang berkhasiat.

1.Kacang Pistasio
-Kacang pistasio mengandungi kalori yang rendah. Satu paket kacang pistachio menyediakan 12 peratus keperluan serat harian kamu. Hampir 90 peratus kandungan lemaknya adalah lemak tak tepu (lemak sihat). Kacang ini juga kaya dengan
vitamin B6 dan thiamin.

kacang1

2.Kacang Pecan
-Kajian menunjukkan bahawa makan satu paket kacang pecan setiap hari boleh membantu melindungi kamu terhadap degenerasi neuron motor berkaitan usia. Kacang pecan juga dapat mencegah penyakit jantung dan menurunkan kadar
kolesterol. Kacang pecan mengandungi 60 peratus lemak tak tepu tunggal dan juga mengandungi lebih daripada 19
vitamin dan mineral.

kacang5

3.Kacang Tanah
-Kacang tanah mengandungi jumlah
folat yang tinggi, vitamin yang memainkan banyak peranan dalam tubuh seperti membantu membentuk bahan genetik di semua sel dan membolehkan pembentukan sel darah merah. Kacang tanah juga membantu menjaga kadar gula dalam darah agar stabil.

kacang2

4.Badam
-Badam mengandungi protein yang cukup tinggi.Satu paket kacang badam kaya dengan vitamin E, riboflavin,
niasin, dan kalsium. Kacang badam boleh membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa badam merupakan makanan prebiotik yang hebat, baik untuk sistem pencernaan.

kacang4

5.Gajus
-Gajus memiliki kandungan zat besi dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan kekebalan
tubuh. Amalan memakan gajus dapat memperkuatkan kemampuan memori dan penglihatan.

kacang 7

6.Kacang Walnut
-Kacang walnut merupakan kacang dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Kandungan kacang walnut juga mengandungi karbohidrat lebih rendah. Ia sesuai untuk pengganti makanan ringan.

kacang6

7.Kacang Macadamia
-Kacang macadamia mengandungi sebatian polifenol yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kacang macadamia juga mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, fosforus dan mempunyai kebaikan lemak tidak tetpu yang paling tinggi berbanding kekacang lain.

kacang3

8.Bunga Matahari
-Bunga matahari atau lebih dikenali sebagai ‘kuaci’ merupakansumber yang kaya dengan vitamin E. Selain itu, biji
bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu iaitu asid linoleat dan asid oleik, sejenis lemak yang melindungi jantung.

kacang7

P/s:Makanlah kacang, selain menyihatkan, kacang juga baik untuk kecantikan kulit.Pada tahun 2010, satu laporan
dalam The Journal Of The American College Of Nutrition mengatakan, kacang walnut boleh melegakan stres.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5