Aiskrim Choki Choki

Aiskrim Choki Choki

Aiskrim sememangnya sedap untuk sesiapa sahaja yang mencubanya. Admin ingin share satu resepi aiskrim choki choki yang sangat simple untuk anda cuba. Semestinya buat anda terliur!

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air (guna tin kosong dari bekas susu)
  • Sedikit garam
  • 20 batang choki choki

Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan susu pekat dan susu cair di dalam periuk.
  1. Masukkan juga 4 tin air dan sedikit garam.
  1. Kacau hingga mendidih dan matikan api. Biarkan ia sejuk seketika.
  1. Sementara itu, picit choki choki dan masukkan dalam plastik aiskrim.
  1. Ratakan choki choki hingga ke hujung plastik aiskrim.
  1. Satu choki choki untuk satu batang aiskrim.
  1. Tuangkan susu yang dimasak tadi dan ikat dengan ketat.
  1. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Aiskrim choki-choki sudah siap untuk dimakan! Jangan lupa share resepi ini supaya ramai lagi dapat merasanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *