Amir Said

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog Dapur Malaysia. Saya, Amir Said adalah pemilik blog ini. Saya merupakan food blogger yang bertanggungjawab memasak dan berkongsi resepi di blog ini. :-) Saya bukanlah pelajar kulinari atau pun seorang chef. Resepi-resepi di Dapur Malaysia saya pelajari daripada ibu saya sendiri, rakan-rakan blogger dan juga melalui buku-buku masakan. Saya sedang belajar di University of South Australia dalam bidang Farmasi.

Pada awal pembabitan saya dalam dunia blogging, saya bermula dengan blog ohmalaysia.com yang menekankan isu semasa, pendidikan dan hiburan. Selepas beberapa kali melakukan perubahan, ohmalaysia.com telah ditukar kepada dapurmalaysia.com kerana minat saya dalam dunia masakan. Saya juga mewujudkan blog amirsaid.my untuk berkongsi pengalaman bercuti terutamanya ketika saya belajar di Australia. Saya mempunyai impian untuk memiliki restoran sendiri yang menyediakan masakan Melayu.

Pencapaian

Memenangi Anugerah Top Makan-Makan Expert untuk DiGi WWWOW Awards 2011.

Google+