Asam Pedas Tumis

asam pedas tumis

Resepi asam pedas tumis ini simple dan mudah sahaja. Kuahnya tidak lah terlalu pekat, dengan menghirup kuahnya juga sudah lazat sekali. Selain itu, isi ikannya juga sangat lembut dan manis. Jom ikut resepi chef di bawah.

Bahan-bahannya: 

  • ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli/parang
  • 7/8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sebesar ibu jari kaki belacan
  • kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
  • air asam jawa
  • cili yang telah diblander (dapat yang digiling lebih sedap)
  • 2 sudu besar kerisik (kelapa goreng)
  • sedikit halba
  • sedikit halia (sebesar separuh ibu jari, agak-agak kuah dan ikan banyak mana)
  • garam secukup rasa
  • perasa ajinomoto (jika suka)

Cara Penyediaannya: 

  1. Kunyit hidup dan bawang putih ditumbuk lumat.
  2. Masukkan bawang merah. Tumbuk separuh lumat. Masukkan belacan tumbukkan juga.
  3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
  4. Setelah minyak panas, masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji kerana terlalu banyak halba akan menyebabkan pahit, halba berfungsi untuk naik bau wanginya).
  5. Masukkan bawang merah, putih, belacan dan kunyit yang telah ditumbuk tadi dan kacau.
  6. Masukkan cili yang telah diblender (7/8 sudu besar) dan kacau sebati. Masukkan kerisik.
  7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal) atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
  8. Setelah garing, masukkan air asam jawa. Tambah air biasa dengan jumlah yang kuahnya banyak mana dengan ikan.
  9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati dengan kuah.
  10. Masukkan ikan. Kemudian, masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit (usah ditumbuk lumat atau dihiris halus).
  11. Didihkan kuah dan masukkan garam dan perasa.

*Tips:

Masak asam sebenarnya rasa asam (masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang. Ikannya mesti segar. Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) supaya rasanya lebih enak.

Selamat menjamu selera hidangan asam pedas tumis. Hidangkan masakan ini buat suami dan anak-anak. Pasti menyelerakan. Jangan lupa share sekali resepi ini.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *