Ayam Cili Biji Gajus

ayam cili biji gajus
Resepi Ayam Cili Biji Gajus yang memang sedap, cepat juga disediakan. Harus dicuba jika anda ingin mempelbagaikan variasi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga. Rasa gajus yang lemak memang sedap ditambah kepada masakan ini.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-dipotong sesuka hati
  • 1.2 kg minyak masak
  • 500 ml minyak masak-untuk menggoreng
  • 100 gram bawang putih-dihiris
  • 200 gram bawang merah-dipotong dadu
  • 50 gram cili kering-dipotong 1 cm
  • 100 gram halia-dihiris
  • 50 gram daun bawang-dipotong
  • 100 gram sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • Garam secukup rasa

 Cara Penyediaannya:

  1. Ayam dipotong dan dicuci lalu ditoskan.
  2.  Panaskan minyak kemudian goreng ayam lalu ketepikan.
  3.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali , masukan cili kering,bawang putih,halia,bawang merah dan sos tiram.
  4. Setelah itu, masukan ayam,kicap pekat,kicap cair,biji gajus dan daun bawang. Gaul hingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ayam cili biji gajus ini di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *