Ayam Goreng Sos Lemon

ayam goreng sos lemon

Sekali sekala tukarkan menu masakan anda dari yang berkuah kepada yang bergoreng. Cepat, senang dan sedap. Cubalah ayam goreng sos lemon.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam
  • 2 keping dada ayam
  • 2 camca tepung jagung
  • 2 camca tepung beras
  • 2 camca tepung gandum
  • 2 camca tepung kastard
  • Garam
  • Lada sulah
  • Telur sebiji
Bahan untuk sos
  • 1 camca sos plum
  • 2 camca perahan jus lemon
  • 2 camca cuka
  • 4 camca gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh lemon emulco
Cara Penyediaannya:
Cara-cara untuk ayam:
  1. Basuh ayam hingga bersih, ketuk sedikit ayam dengan lesung untuk meleperkannya.
  2. Panaskan minyak.
  3. Campur semua tepung, garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
  4. Celupkan ayam dlm tepung, kemudian celup dengan telur, last celupkan dengan tepung kastard.
  5. Gorengkan ayam dengan minyak yang agak panas.
Cara-cara untuk sos:
  1. Campur semua bahan dalam periuk kecil masak hingga mendidih dan pekat.
  2. Potong ayam yang sudah digoreng tadi.
  3. Siramkan dengan sos lemon ini.

Siap untuk dihidangkan ayam goreng sos lemon anda! Jangan lupa share resepi yang enak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *