Resepi Dapur Malaysia

Ayam Masak Cendawan Ala Cina

No Comments

ayam masak cendawan ala cina

Resepi ayam masak cendawan ala cina. Ringkas sahaja bahan-bahan yang digunakan dan sangat senang disediakan untuk seisi keluarga. Masa penyediaannya tidak terlalu lama dan cara untuk membuatnya juga mudah.

Bahan-bahannya:

  • 1/2 ekor ayam
  • 8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 4 – 5 tangkai cili padi
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit sos tiram

Cara Penyediaannya:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan), angkat halia dan buang. Jika tidak ingin buang juga tidak mengapa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak perlu letak garam sebab sos tiram sudah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas itu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Apabila sudah mendidih, baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan sehingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Selamat menjamu selera dengan resepi ayam masak cendawan ala cina di rumah. Sila share sekali resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5