Resepi Dapur Malaysia

Ayam Masak Hijau

No Comments

ayam masak hijau

Resepi Ayam Masak Hijau ini adalah satu resepi yang jarang kita dengar. Namun resepi ayam masak hijau ini tidak kurang hebatnya dengan resepi ayam yang lain.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu teh sebuk kunyit
  • 5 ulas bawang puteh                                          

 Bahan A:

  • ½ inci halia
  • 2 biji cili hijau
  • 2 batang serai
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 3 cawan santan
  • 3 keping asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam,gula dan perasa
  • Minyak dan pewarna hijau

Cara Penyediaannya:

1. Ayam dipotong sesuka hati, bersih dan toskan.

2. Perapkan ayam bahan A dan pewarna hijau selama 30 minit.

3. Goreng ayam separuh masak.

4. Mesin halia, serai, lada hijau, bawang merah dan bawang putih hingga hancur.

5. Masukkan bahan-bahan yang di mesin ke dalam  santan pekat, biarkan mendidih sekejap barulah dimasukkan ayam, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perasa.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba dan share sekali ya resepi ayam masak hijau ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5