Resepi Dapur Malaysia

Ayam Masak Paprik

No Comments

 

ayam masak paprik

Bagi anda yang meminati masakan ala Thai, apa kata kita cuba masakan ayam masak paprik pula kali ini. Sememangnya membuka selera!
Bahan-bahan:

Daging ayam di potong kecil
1 biji bwg besar – dipotong.
1 biji bawang besar di mesin dgn 3 ulas bwg putih.
3 sudu cili mesin
2 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
1 sudu kicap
sedikit daun limau purut.
2 btg serai dihiris atau diketuk sahaja
Sayur ( kacang panjang, bunga kobis, carrot dll)
1 sudu tepung jagung + 3 sudu air.

Cara menyediakannya:

1 . Panaskan 3 sudu minyak, tumiskan bawang dan cili mesin sehingga pecah minyak.
2 . Masukkan ayam dan kacau sebentar.
3 . Masukkan semua jenis sos dan 2 mangkuk air.
4 . Biarkan sehingga ayam masak.
5 . Masukkan sayur dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sedikit kuah.

Selamat menjamu selera dan jangan lupa share resepi ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5