Resepi Dapur Malaysia

Ayam Panggang Madu

No Comments
ayam panggang madu
Hidangan ayam panggang semestinya sudah menjadi menu biasa untuk semua, jadi tidak salah kita cuba menu baru pula untuk membuat ayam panggang madu. Secara umumnya, cara membuat ayam panggang madu tidak berbeza dengan memasak ayam panggang biasa cuma ia memerlukan bahan tambahannya tersendiri iaitu madu. Selalunya kedai-kedai tidak menjual ayam panggang madu ini. Memandangkan bahan-bahan yang diperlukan tidak susah untuk dicari, jom kita cuba buat ayam panggang madu ini sendiri di rumah.
Bahan-bahannya:
  1. 3 ketul ayam (bahagian dada)
  2. 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  3. 1 inci halia (ditumbuk halus)
  4. 4 sudu besar madu
  5. 3 sudu sos tiram
  6. 2 sudu kicap
  7. Sedikit serbuk lada hitam
  8. Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
  1. Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
  2. Kemudian, sapukan bahan perapan pada ayam.
  3. Perap ayam selama 2 jam.
  4. Masak ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 – 40 minit / sehingga masak.
  5. Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 – 20 minit.
Selamat mencuba resepi ayam panggang madu ini. Rasanya memang lazat sehingga menjilat jari. Sesuai untuk dihidangkan untuk satu keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5