Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Percik Kelantan

No Comments

Ayam Percik Kelantan ok?Terdapat 2 jenis ayam percik kelantan, ada yang berwarna putih dan ada juga yang berwarna merah. Selain itu,jika anda sukakan rasa yang pedas, sediakan lah ayam percik yang berwarna merah.Resepi ayam percik Kelantan ini sukar untuk didapati kecuali sesetangah restoran di Chow  Kit.Oleh itu,Chef ingin ajarkan anda semua cara-cara untuk memasak hidangan yang superb ini.

ayam percik

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dibasuh dan dipotong dua

Bahan untuk membuat kuah:
2 pek santan pekat
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai – guna separuh jer
6 tangkai cili kering nak pedas tambah lagi
Garam secukupnya
Gula – 2 sudu makan
2 keping asam keping (letak sekejap dan dikeluarkan takut terlalu masam)

Cara-cara membuat:
1.Mesinkan kesemua bahan untuk membuat kuah bersama santan pekat.Kemudian masukkan gula, garam dan air asam jawa. 2.Lepastu, tuang separuh dari bahan yang telah dikisar di atas ayam dan rebus. Setelah ayam masak, keluarkan dan bolehlah dibakar.
3.Separuh lagi bahan kuah dimasakkan atas dapur pakai api ysng perlahan sambil terus dikacau.Kemudian,masak sehingga kuah pekat serta sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4.Akhir sekali , ayam yang telah direbus dibakar apabila ayam mulai sedikit garing, lumurkan bahan kuah merata rata dan bakar lagi seketika.Jangan lupa terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

P/s : Resepi Ayam Percik Kelantan yang diperap dengan garam dan bawang putih dikukus seketika sebelum dibakar,barulah ianya bertambah sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5