Resepi Dapur Malaysia

Beef Steak

No Comments

beef steak

Hidangan dari daging memang seringkali menjadi salah satu hidangan yang menggoda untuk disantap. Menu makanan sajian utama ini memang memiliki cita rasa yang lazat dan begitu nikmat, sehingga tidak hairan, jika ketika hidangan ini disajikan. Menu kita pada hari ini ialah beef steak.

Bahan-bahan Grilled Stik:

  • 2 keping daging steak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih

Cara Menyediakannya:

  1. Satukan semua bahan dan lumur pada daging.
  2. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Semasa membakar, renjiskan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat.
  3. Apabila sudah separuh masak, bakar di dalam oven pada suhu 200c, bakar sampai masak. Jika mahu masak atas kuali sehingga masak pun boleh mengikut keselesaan masing-masing.

Bahan-bahan Sos Lada Hitam:

  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 500ml air
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos cili
  • suku kiub ayam @ daging
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)
  • sedikit garam

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan mentega dalam periuk dan tumis bawang hingg layu
  2. Masukkan air yang telah dilarutkan tepung
  3. Masukkan semua bahan sos
  4. Tunggu hingga kuah pekat
  5. Boleh tuang atas daging steak dan sedia dihidangkan

Selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin menghasilkan air tangan yang lain daripada biasa. Jangan lupa share resepi masakan beef steak ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5