Biskut Almond Snow

biskut almond snow

Biskut almond snow ini sangat enak dimakan. Biskut ini hanya memerlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk menyediakannya. Jom buat biskut ini sama-sama.

BAHAN A

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan gula yang dikisar halus
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B (DIAYAK)

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu susu tepung
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil emplex
  • 1 cawan badam – disangai

BAHAN UNTUK SALUTAN

  • Coklat masakan
  • Serbuk roti putih (bread crumb)

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul kesemua bahan A hingga sebati rata.
  2. Masukan bahan B sedikit demi sedikit sampai habis hingga menjadi doh.
  3. Keluarkan doh dan masukkan dalam bekas besar.
  4. Masukan badam dan gaul rata.
  5. Bentukan mengikut citarasa sendiri.
  6. Kemudian, bakar pada suhu 160°c selama 25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
  7. Keluarkan dan sejuknya biskut.
  8. Cairkan coklat secara double boiler.
  9. Celup biskut ke dalam coklat dan akhir sekali salutkankan dengan serbuk roti.

Selamat mencuba membuat biskut almond snow menggunakan resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *