Resepi Dapur Malaysia

Resepi Biskut Cheese

No Comments

Resepi Biskut Cheese sangat mudah disediakan dan boleh dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan petang malah sangat sesuai untuk kudapan semasa menonton televisyen.

image

Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum

Cara membuat:

1.Campurkan susu pekat bersama keju dan pukul hingga sebati.

2.Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.

3.Susun dengan rapat di dalam loyang empat segi

4.Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.

5.Taburkan nestum di atas lapisan keju.Ulang langkah 3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.

6.Simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam atau semalaman dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi biskut cheese ini juga boleh dimakan bersama coklat cair atau susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5