Biskut Coklat Mocha

biskut chocolate mocha

Resipi Biskut Coklat Mocha ini memang sedap sangat! Anak-anak anda pasti suka dan pastinya akan jadi biskut utama hidangan hari raya nanti.

Bahan-Bahannya:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 200g mentega
  • 50g shortening
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu besar paste cappucino
  • 40g putih telur
  • chocolate chip untuk hiasan
Bahan untuk diayak:
  • 340g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 10g serbuk koko
Cara Penyediaannya:
  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak. Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
  6. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.
Rasa Biskut Coklat Mocha ini sangat sedap dan semestinya tidak rugi buat anda di luar sana mencubanya. Selamat Hari Raya semua!
[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *