Resepi Dapur Malaysia

Biskut Cornflakes Madu

No Comments

biskut cornflakes

Resepi Biskut Cornflakes Madu merupakan resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan lazat. Hanya menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas. Jom belajar resepi ini sama-sama.

Bahan-Bahannya:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • Ceri atau taburan manik – untuk hiasan
  • Paper cup (secukupnya)
 Cara Penyediaannya:
  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil.
  2. Masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  3. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  4. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga cornflakes disaluti dengan sempurna.
  5. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  6. Bakar selama 10-15 minit dalam suhu 150 darjah celcius.

Selamat mencuba biskut cornflakes madu yang sedap ini. Jangan lupa share sekali ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5