Biskut Crunchy Caramel Almond

biskut crunchy caramel almond

Biskut Crunchy Caramel Almond atau nama lainnya Biskut Florentine merupakan biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.

Bahan-Bahannya:

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam
 Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas (kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah). Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

*Tips:

Jika tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Sangat sedap Biskut Crunchy Caramel Almond ini! Tak rugi untuk cuba. Sila share sekali resepi ini ya!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *