Biskut Ice Cream

ice cream cookies

Pernah try biskut ice cream?  Jom kita buat sendiri biskut ini dengan guna resepi mudah di bawah.

Bahan-bahannya:

  • 260gm mentega
  • 120gm gula aising
  • 320gm tepung cap rose
  • 20gm tepung kastard
  • 80gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 50gm serbuk badam – di sangai dahulu
  • Coklat Masakan Cair dan manik gula – hiasan
  • Kuning telur untuk sapuan

Cara Penyediaannya:

  1. Putar mentega, gula aising dan pewarna hingga berkrim.
  2. Masukkan kesemua tepung, serbuk badam dan serbuk penaik.  Uli hingga menjadi doh.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.  Canai dan terap menggunakan penerap ais cream.
  4. Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dicelup coklat masakan cair dan di tabur manik gula sebagai hiasan.

Selamat maju jaya dalam membuat Biskut Ice Cream ini ya! Sila share resepi ini sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *