Biskut Keju Cheddar

biskut keju chedar

Rasa Biskut Keju Cheddar ini sangat sedap dan lemak masin dari keju cheddar memberikan kelainan rasa kepada biskut ini.

Bahan-Bahannya:

  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 250g mentega
  • 130g gula icing
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar
Bahan-bahan untuk hiasan:
  • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
  • parutan keju cheddar secukupnya
 Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.

*Tips:

Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.

Selamat mencuba untuk first time beginners! Semoga hidangan resepi Biskut Keju Cheddar ini dapat menggembirakan tetamu anda di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *