Biskut Kristal Pelangi

biskut kristal pelangi
Biskut kristal pelangi ini sangat sedap dimakan bersama-sama keluarga. Jom ikuti cara mudah membuat biskut raya ini mengikut resepi di bawah.
Bahan-Bahannya:
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus
  • 125gm minyak sapi (agak-agak sehingga tepung boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras kerana tidak boleh bentukkan menjadi bulat-bulat nanti)
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan tepung gandum (yang sudah ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan sehingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau dan kuning. Jangan letak pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180’C selama 15 minit (ikut oven masing-masing).
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.

Selamat mencuba buat biskut kristal pelangi ini di rumah. Share sekali resepi biskut raya ini ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *