Resepi Dapur Malaysia

Biskut Rose Tart

No Comments

biskut rose tart

Suka strawberi? Nak makan biskut perisa strawberi? Jom belajar buat biskut rose tart ini guna resepi ini.

Bahan-bahan: 

  • 220gm mentega
  • 80gm gula aising
  • 1 kuning telur
  • 100gm tepung jagung
  • 20gm susu tepung
  • 230gm tepung gandum
  • Strawberi filling – secukupnya
  • Cawan kertas

Cara Penyediaannya:
1.  Ayak tepung dan ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati.
3.  Masukkan ke dalam adunan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 10 minit.
4.  Canai dan terap dengan acuan bulat setebal 3mm (Jika tebal leperkan sedikit dengan jari).

5.  Picit sedikit filing strawberi di tengahnya. Kemudian, menggunakan hujung spatula, lipat menjadi bentuk bulan sabit. Buat hingga habis.

6.  Cantumkan kedua-dua belah menjadi kelopak bunga rose, alihkan ke dalam paper cup.

7.  Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.

*Boleh letak filling strawberi di tengah kelopak jika suka.

Sudah cuba buat biskut rose tart ini? Lepas ini, boleh la hidangkan untuk tetamu anda biskut sedap ini, terutamanya buat penggemar strawberi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5