Black Pepper Steak

black pepper steak

Penggemar makanan western pasti suka makan black pepper steak. Selalunya makanan western akan dijual dengan harga yang agak mahal di restoran-restoran tetapi jika kita pandai buat sendiri, pasti lebih menjimatkan. Kali ini chef akan berkongsi dengan anda resepi black pepper steak. Rasanya sangat sedap dan pasti mengenyangkan.

Bahan-bahannya: 

  • 1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk)
  • 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
  • 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji, belah dua. Kalau yang sudah siap dihiris, tidak perlu membuat apa-apa)
  • 1 biji buah tomato (dibelah 4/6)
  • 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
  • 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaannya: 

  1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
  4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tidak kering dan tambah air jika perlu).
  5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar sehingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
  6. Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
  7. Masak atas api kecil selama 3 – 5 minit lagi.
  8. Siap untuk dihidang.

*Tips: Stik ini lebih enak dimakan bersama “garlic toast” dan french fries.

Selamat menjamu selera dengan masakan black pepper steak anda! Share resepi ini agar ramai lagi yang dapat rasa makanan western ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *