Resepi Dapur Malaysia

Blueberry Jam Muffin

No Comments

blueberry jam muffin

Pernah buat blueberry jam muffin? Pasti resepi ini menjadi kesukaan ramai kerana keenakannya! Jom cuba resepi enak ini dengan cara yang simple sahaja.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • Jem blueberry secukupnya
  • Gula perang secukupnya untuk ditabur
Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius.
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  4. Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

Selamat mencuba resepi blueberry jam muffin ini. Share sekali resepi ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5