Brokoli Goreng Tepung

broccoli
Brokoli goreng tepung yang rangup boleh dibuat sendiri. Rasanya tidak kalah dengan buatan restoran. Anak-anak juga pasti suka brokoli goreng tepung yang enak ini.
Bahan-bahan:
  • Brokoli
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Air sejuk
  • Serbuk Lada hitam
  • Garam
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara Penyediaannya:

  1. Potong brokoli ikut citarasa sendiri. Basuh dan toskan.
  2. Satukan tepung gandum dan tepung beras. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit. Letak sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan brokoli kedalam bancuhan tadi dan goreng sehingga garing.
  5. Angkat, sedia untuk dihidangkan.

Resepi brokoli goreng tepung ini pasti menyelerakan anda. Selamat menjamu selera. Jangan lupa share sekali resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *