Brownies

brownies

Brownies yang divariasikan dengan beraneka macam-macam bahan seperti keju, kismis, ceri, kekacang dan pelbagai lagi, sehingga menghasilkan brownies-brownies yang unik yang selalu menjadi idaman penggemar brownies. Jom kita belajar buat brownies seperti resepi di bawah ini.

Bahan-bahannya:

  • 300gm Dark Chocolate *Jangan pakai coklat susu sebab manis
  • 100 gm butter
  • 100 gm gula perang – kalau pakai gula castor, kurangkan sedikit menjadi 80gm
  • 3 biji telur size A
  • 1 teaspoon esen vanilla
  • 125 gm tepung gandum
  • 1/4 cawan chocolate chips
  • 1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
  • 1/2 teaspoon garam

*Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang ke dalam adunan

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan oven suhu 160C.
  2. Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan kedua-duanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
  3. Masukkan gula dan kacau sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
  6. Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
  7. Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur di atas.
  8. Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit ke atas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
  9. Tabur lebihan chocolate chips di atas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
  10. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap

Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya. Selamat mencuba dan share resepi brownies ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *