Char Kuey Teow Penang

Char Kuey Tiaw Penang

Char Kuey Teow Penang sangat sedap. Sudah makan sekali, pasti nak tambah lagi. Jom kita try resepi ini sama-sama.

Bahan A (Paste):

  • 6 ekor udang (nak lebih pun tak apa)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air untuk bancuhan

Bahan B (Mee):

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • Kerang yang telah diperisikan
  • Sedikit daun kucai dan taugeh
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan Paste:

  1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk dan bolehlah disimpan di dalam peti.

Cara Penyediaan Mee:

  1. Tumis cili boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu besar paste yang telah disiapkan tadi.
  2. Masukkan udang yang telah direbus dan juga kerang.
  3. Letakkan sedikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Setelah bahan campuran mula mendidih, masukkan kuey teow, daun kucai dan taugeh.
  5. Kacau hingga rata.
  6. Kemudian pecahkan telur dan kacau. Bila kuey teow kelihatan kering boleh padamkan api dan dihidangkan panas-panas.

Nota: Proses memasak Char Kuey Teow Penang ini mengambil masa dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Char Kuey Teow Penang anda sudah boleh dimakan! Selamat menjamu selera dan jangan lupa share resepi yang enak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *