Cheese Tart

cheese tart

Resepi cheese tart ini tidak perlu masuk dalam oven, hanya dibakar dalam kuali sahaja. Malah resipi ini juga tidak memerlukan mixer, bahannya hanya diuli seketika sementara filling pula diadun dalam pengisar. Mudahkan?

Bahan-bahan Untuk Crust:

  • 1/2 cawan butter atau majerin
  • 2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan Crust: 

  1. Ramas semua bahan ini. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan.
  2. Setelah diramas, adunan jadi begini. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 
  3. Letak satu biji telur gred B lalu gaul dan uli sampai jadi seperti gambar langkah 4.
  4. Inilah rupa doh yang sudah diuli. Sedia untuk dibentuk.
  5. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. Ratakan bahagian tepi di bawah dengan jari.
  6. Ambil garfu bentuk bunga di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.

1                                                 2

3

4

5

 

 

 

Bahan-bahan Untuk Filling:

  • 125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)
  • 1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen creamy vanila

Cara Penyediaan Filling: 

  1. Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.
  2. Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.
  3. Tutup rapat kuali semasa memasak. Jika tidak, ia akan lambat masak. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Selamat 30 hingga 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.
  4. Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Jika ia keras dan crust nampak garing seperti gambar bermakna tart sudah masak.
  5. Biarkan sejuk sebelum makan. Lebih enak jika dimasukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

6

7

8

Dah siap cheese tart ini. Sangat menyelerakan, boleh makan dengan satu keluarga. Jangan lupa share resepi cheese tart ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *