Cheesy Wedges

cheesy wedges

Terliur pula tengok cheesy wedges yang meleleh tu. Daripada makan di KFC dan McD, jom kita belajar buat sendiri cheesy wedges ini. Sangat mudah dan enak!

Bahan-Bahan: 

  • 500gm frozen wedges
  • 200gm shredded cheddar cheese “Emborg” brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices) (saya guna SCS cheese slices)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan (125ml) susu segar
  • 2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
  • Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini

Cara Penyediaannya:

  1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan.
  3. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
  4. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
  5. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
  6. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
  7. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Selamat mencuba cheesy wedges yang lembut ini. Jangan lupa share sekali resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *