Chicken Chop Black Pepper

chicken chop black pepper

Chicken Chop Black Pepper ini sangat sedap dimakan. Lebih-lebih lagi, untuk dihidangkan untuk satu keluarga. Jom belajar resepi chicken chop black pepper ini.

Bahan-Bahannya:

Ayam – Bahan Perap

  •  2 paha ayam tanpa tulang
  •  3 ulas bawang putih –dicincang halus
  • 1 cm halia – dicincang
  • 1/3 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  •  1 sudu besar sos Lee & Perrins
  •  1 sudu besar kicap masin
  •  1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa

Ayam – Bahan Coating

  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit tepung gandum
  • Bread crumb/ serbuk roti

Sos Black Pepper

  • 1 labu bawang besar (sederhana) dicincang halus
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ kiub ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar mentega
  • Sedikit Oregano
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:

Ayam

1. Toskan ayam yang telah dibersihkan dan digaul bersama kiub ayam, lada hitam dan lada sulah. Gaul pula bersama bahan perap dan pastikan meresap, gunakan garpu untuk cucuk-cucuk.
2. Perap selama 1-2 jam. Paling baik semalaman. Pastikan bahan-bahan perap sebati dengan ayam.
3. Selepas perap, salut dengan telur, salut dengan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan dengan serbuk roti.
4. Goreng ayam menggunakan minyak masak yang banyak dengan api sederhana. Masak, ketepikan.

Sos Black Pepper

1. Cairkan mentega, tumis bawang besar sehingga naik bau, masukkan lada hitam ditumbuk kasar dan kacau.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau, jangan biarkan jadi berketul. Masukkan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan kiub ayam.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap [untuk warna], tambah oregano dan tambahkan air kalau terlalu pekat.
4. Masukkan gula, garam secukup rasa dan beres.

Selamat mencuba resepi Chicken Chop Black Pepper di atas. Jangan lupa share resepi ini ya.

 

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *