Resepi Dapur Malaysia

Cocktail

No Comments

cocktail

Air cocktail yang selalunya dijadikan sebagai dessert atau pencuci mulut ini sangat sedap diminum memandangkan cuaca panas sekarang. Caranya sangat mudah dan cepat. Sememangnya harus dicuba.

Bahan-bahannya:

  • 2 tin besar cocktail buah-buahan
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin laici atau longan
  • *1 bekas besar nata de coco berwarna hijau (berat dalam lingkungan 400g)
  • *1 kotak puding segera jenama nona perisa strawberi
  • *1 kotak puding segera jenama nona perisa mangga
  • *1 kotak puding segera jenama nona perisa kiwi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan whipped cream

Untuk bahan bertanda *, ia boleh ditukar dengan apa jua perisa lain tapi pastikan warnanya pelbagai.

Cara Penyediaannya:

  1. Masak ketiga-tiga puding, masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.  Apabila sudah keras, potong kecil.
  2. Dalam bekas lain masukkan satu tin cocktail berserta dengan airnya dan satu tin tagi ditapis dan masukkan isinya sahaja.
  3. Masukkan laici atau longan berserta airnya.  Kalau buah laici besar, belah dua.
  4. Tapis nata de coco dan ambil isinya sahaja.  Masukkan isi bersama bahan lain.
  5. Masukkan dua tin susu cair, susu pekat dan whipping cream.  Kacau.  Apabila sudah sebati, masukkan puding yang telah dipotong tadi.
  6. Simpan dalam peti ais dan hidangkan dingin. Boleh juga letak ketulan ais.

Cubalah minuman cocktail ini.  Pasti sedap dan nyaman di tekak anda setelah meminumnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5