Coco Crunch Cookies

 

coco crunch cookies yummy

Coco Crunch Cookies ini sangat lazat dimakan lebih-lebih lagi dimakan bersama ahli keluarga. Bahan-bahannya juga senang didapati dan mengambil masa yang sekejap sahaja.

Bahan-Bahannya:

  • 2 biji kuning telur
  • 180 gram gula perang
  • 250 gram mentega
  •  40 gram tepung jagung
  •  300 gram tepung gandum
  • ¼ sendok teh soda bikabonat
  • ¼ sendok teh baking powder
  •  50 gram chocolate chips -tumbuk halus
  • 100 gram coco crunch -tumbuk halus
  •  Coco crunch secukupnya – hiasan
  • Coklat masak secukupnya – hiasan

Cara Penyediaannya:

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikabonat lalu ayak jadi satu.
2. Tambahkan coco crunch dan chocholate chips yang telah ditumbuk halus. Aduk rata. Sisihkan.
3. Berikutnya, di wadah terpisah campurkan mentega dan gula perang. Kocok dengan mixer sampai tercampur rata dan mengembang.
4. Tambahkan telur satu per satu sambil dikocok lagi sampai tercampur rata.
5. Lalu tuangkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Tuang sedikit demi sedikit sambil diaduk rata sampai habis. Kemudian diamkan sejenak sekitar 10 minit.
6. Setelah 10 minit, baru mula buat adunan jadi bentuk – bentuk kecil. Ambil sejumput adunan sebesar ibu jari, lalu bentuk bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch. Lakukan pada seluruh adunan sampai habis.
7. Tata dalam loyang yang telah dialas kertas roti lalu bakar dalam oven yang telah dipanaskan di suhu 150 C selama kurang lebih 25 minit atau sampai masak.
8. Setelah masak, angkat dan dinginkan lalu hiasi dengan coklat masak cair.

Selamat menjamu selera dengan coco crunch cookies yang sedap ini. Selamat Hari Raya semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *