Cream Puff

creampuff

Siapa suka makan cream puff? Cream puff yang gebu ini sangat enak untuk dimakan. Cara nak buatnya senang, nak menghabiskan pun senang juga!

Bahan-bahan: 

  • 100 gm butter
  • 1 cawan air 250ml
  • 150 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara Penyediaannya:

  1. Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow sahaja.
  2. Masukkan tepung & garam. Tutup api dan terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat, nanti air kurang dan adunan jadi keras.
  3. Apabila sudah sebati, biarkan doh sejuk. Jika mahu cepat, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4.  Pukul telur dan esen vanilla menggunakan sudu pun boleh.
  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sehingga sebati.
    * sekiranya agak-agak lembik, kurangkan telur.
  6. Panaskan oven 200 celcius.
  7. Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (Pakai nozzle sederhana kecil bentuk bintang 8 bucu, 2 x setengah)
  8.  Renjis air sebelum masuk oven. (penting supaya puff menggebu dan mengembang dengan jaya)
  9. 15 min pertama, bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven sebab nanti tak naik gebu)
  10.  Setelah siap, belah sedikit dan pipingkan inti kastad.

piping

Filling inti kastad

  • 6 sudu besar kastad
  • 1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
  • 3 cwn susu segar
  • Esen vanila
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat

Cara Penyediaannya:

1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang sahaja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti, kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun boleh. Selalunya, admin buat inti semasa menunggu adunan puff sejuk.
5) Tabur gula icing atas creampuff.

Selamat menjamu selera dengan hasil tangan anda sendiri membuat cream puff ini. Jangan lupa share sekali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *