Resepi Dapur Malaysia

Cucur Goreng Cheese

No Comments

Cucur Goreng Cheese ok ? ok , selalunya kita asyik makan cucur badak , cucur udang dan cucur ayam sahaja.Akan tetapi , kali ini Chef ingin kongsikan bersama anda semua cara-cara untuk memasak cucur goreng cheese yang pastinya akan memikat selera makan anda semua.Apalah sangat kalau tukar selera kadang-kadang kan ? belum cuba belum tahu , hehehe.Selain itu , cara untuk memasak hidangan ini sangat mudah kerana hanya 5 minit masa yang perlu digunakan untuk menyediakan bahan dan 10 minit sahaja masa untuk memasaknya.

cucur goreng cheese

Bahan-bahan:
Setengah cawan keju cheddar yang telah diparut
3 per 4 cawan keju parmesan yang diparut
2 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
1 camca teh baking powder
Minyak masak secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak kedalam satu mangkuk besar dan kacau sampai sebati.
2.BEntukkan setiap adunan menjadi bebola kecil.
3.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan masukkan adunan bebola tadi sampailah bebola keju itu masak sepenuhnya.
4.Apabila sudah masak , angkat dan toskan.
5.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Cucur Goreng Cheese amat sedap jiak anda makannya ketika ia sedang panas.Selain itu , kalau nak lebih sedap , anda juga boleh cicahnya bersama sos life thai (tu pon kalau suka la).Pastikan anda menggunakan minyak yang betul-betul panas sebelum menggorengnnya supaya bebola itu dimasak dengan cantik sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5