Daging Goreng Kunyit

Image result for Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit sememangnya lazat untuk dimakan bersama satu keluarga. Resepinya juga mengambil masa yang sekejap sahaja. Jom belajar resepi ini sama-sama.

Bahan­-Bahannya:

  • 600 gm daging
  • 2 – 3 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 1­2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
  • Lobak merah
  • Cili merah – hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara Penyediannya:

1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

2. Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.

3. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.

4. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

5. Masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba hidangan daging goreng kunyit ini di rumah! Jangan lupa share sekali resepi ini.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *