Daging Kisar Berempah

Hari ini saya akan berkongsi resepi daging kisar berempah yang sangat mudah untuk anda cuba.

Bahan-bahan:daging kisar berempah

  1. 1 bungkus daging kisar
  2. 1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
  3. 1 labu bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit lada sulah
  6. Sedikit lada hitam kasar
  7. garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu portion.

Okey kegunaannya sangat banyak.

  1. Boleh buat cara berlauk (resepi adunan kuih cara cheese, cuma tuna gantikan dengan inti daging kisar ni)
  2. Boleh buat puding roti daging
    Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
    Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
    Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti,thentaburkan cheese.

*Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.

3. Roti john

Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur, tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). Terbalikkan, masak sampai elok gareng, then letak timun parut, mayonis dan sos.

 4. Makaroni bakar (ini kesukaan anak-anak saya)

Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya).

Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.

Taburkan chees, dan bakar.

*Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.

5. Baked potato 

Beberapa biji kentang russet dibelah dua. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut.

Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis).

Kentang yang dikorek tadi, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, then tabur cheese, bakar dalam 15-20 minit.

Banyak lagi boleh buat. Tambah kentang dadu, gaul, jadikan inti karipap segera. Guna roti gardenia, letak inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera.

Paling-paling mudah, letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping-sekeping then taburkan cheese. Biasa saya buat, sekeping roti gardenia saya potong 4 keping, dapat satu finger food untuk kids.

Jika balut dengan kulit popia, jadi samosa.

Anda boleh cuba resepi ini di rumah dan paling penting, jangan lupa share resepi ini okay?

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *