Daging Masak Black Pepper

daging masak black pepper

Resepi daging masak black pepper ini pasti menjadi sangat enak jika anda menggunakan bahagian batang pinang yang sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang membangkitkan lagi selera.

Bahan-bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung
 Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  4. Tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat, padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

*Tips: Untuk mendapatkan daging yang lembut, pastikan ianya tidak dimasak terlalu lama di atas api yang besar.

Masakan daging masak black pepper anda sudah boleh dihidangkan! Pastinya menyelerakan seluruh keluarga.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *