Daging Salai Lemak Pekat

daging salai
Resepi ini sangat mudah untuk dibuat kerana tidak memerlukan bahan yang sukar dicari, bahan yang diperlukan terdapat di kawasan sekeliling anda sahaja. Selain itu, cara untuk memasak hidangan ini sangat mudah dan ringkas, ianya hanya memakan masa dalam beberapa minit sahaja.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg daging-batang pinang
  • 1/2 kg santan
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 inci lengkuas-diketuk
  • 4 batang serai
  • 2 helai daun kunyit-dihiris
  • 3 helai daun limau purut-dihiris
  • 10 helai pucuk ubi-dihiris
  • 20 biji cili api
  • 5 ulas bawang merah-dikisar
  • 2 inci halia-dikisar
  • 3 inci kunyit hidup-dikisar
  • Garam dan perasa
CARA MEMBUAT:

1. Daging dibersih dan disalai selama 1 jam.
2. Apabila daging itu agak sejuk hiris nipis-nipis.
3. Masukkan daging itu bersama santan, bahan yang telah dihiris halus dan bahan yaang dikisar ke dalam periuk.
4. Masukan garam, asam keping dan lengkuas yang telah diketuk, masaklah dengan api yang sederhana.
5. Apabila kuahnya agak pekat,barulah masukkan pucuk ubi, kacau biar rata kemudian barulah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk share!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *