Fruit Salad Dan Coleslaw

fruit salad dan coleslaw

Cara nak buat menu diet fruit salad dan coleslaw ini senang sahaja. Cuma perlu campurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli. Rasanya sangat sedap. Salad buah rasanya masam, manis semula jadi dicampur pula dengan mayonnaise. Jom tengok resepinya yang simple.

Bahan-bahan Fruit Salad:

  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji buah pear
  • 1 tangkai anggur
  • 3 sudu mayonnaise (atau lebih)

Cara Penyediaannya:

  1. Basuh bersih semua buah-buahan.
  2. Potong kecil semua buah tadi.
  3. Masukkan mayonnaise dan gaul rata.
  4. Siap dan boleh dimakan.

Bahan-bahan Coleslaw Salad:

  • 1/4 kubis
  • 1/4 carrot (lobak merah)
  • 3-4 sudu mayonnaise (boleh tambah)
  • 2 sudu susu segar
  • Sedikit garam

Cara Penyediaannya:

  1. Potong carrot, kubis kecil/halus.
  2. Hiris juga daun salad.
  3. Campurkan dengan mayonnaise, susu, garam dan gaulkan.
  4. Simpan dalam peti ais. Kalau nak terus makan pun boleh.

Senang sahaja kan? Fruit salad dan coleslaw ini sememangnya bagus untuk kesihatan. Jangan lupa mengamalkan makanan ini selalu.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *