Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara

gulai-nanas-ikan-masin

Masak gulai nenas ikan kering ialah masakan yang mudah sahaja tapi sungguh menyelerakan apatah lagi kalau dimakan keesokkan hari. Lagi ada umpphh. Jom kita tengok cara dan bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • 1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
  • 1 biji nenas
  • Isi / tulang ikan talang kering
  • Santan
  • garam
  • bawang merah
  • daun kari
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya:

1.    Ikan talang direndam.
2.    Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3.     Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut. (Rasa dulu)
4.    Bawang merah dimayang kemudian ditumis di dalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5.    Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6.    Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7.    Siap dan boleh dimakan.

Selamat mencuba resepi gulai nenas ikan kering ini di rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *