Apa kaitan gambar di atas dengan artikel ni? Sabar-sabar, jom baca dulu.

Saya sebenarnya tertarik untuk menulis bila baca komen-komen di artikel ini. Kadang-kadang saya rasa kita perlu optimis bila kita lakukan sesuatu perkara walaupun perkara tu seakan mustahil untuk kita capai. Bila adanya sikap optimis dalam diri, kita akan berasa yakin dengan apa yang kita lakukan. Mesti korang semua kagum kan bila baca list Top 100 Malaysian Blogs? Mesti korang pernah berangan-angan nak masuk dalam list tu, tapi cepat-cepat cermin diri. Layak ke? Korang ni, berpijaklah di bumi yang nyata. Tapi kenapa? Mustahil ke untuk kita capai? Mungkin mustahil, mungkin tidak. Bergantung kepada tahap keyakinan kita sendiri.

Semasa di sekolah, saya tertarik bila dengar ucapan Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran di sekolah saya dulu. Sampai sekarang saya masih ingat ucapan tu walaupun dah hampir 5 tahun berlalu. Kata beliau, “kalau dah tahu orang lain naik motor tapi kita naik basikal, kita bertolaklah awal supaya kita sama-sama sampai ke destinasi yang kita nak tuju tu. Dalam soal akademik, kalau kita tahu kita ni pelajar yang lemah janganlah ikut cara belajar orang-orang pandai. Sampai bila-bila pun kita akan ketinggalan.”

Saya masih ingat, sepanjang tingkatan 4 saya hanya sekali dapat B3 untuk Add Math dan selebihnya GAGAL atau G9. Markah tak lebih 30. Bukan tak belajar rajin-rajin tapi mungkin masa tu bebal sikit Add Math. Saya pernah dapat nombor 108 dalam tingkatan daripada 140 orang pelajar. Kalau saya lemah, mungkin saya dah lama give up untuk belajar. Mana taknya, untuk subjek Fizik, Biologi, Math semuanya paras-paras hidung. Malu je belajar kat SBP tapi result teruk. Tapi saya tetap optimis untuk berjaya walaupun orang mungkin mengganggap impian saya mustahil untuk dicapai.

Alhamdulillah, berkat kegigihan saya di tingkatan 5, dengan jasa dan bantuan guru-guru, doa mak ayah saya dan sokongan kawan-kawan, saya berjaya ubah keputusan G9 untuk Add Math menjadi A1 dalam SPM dan dari kedudukan ke-108 di peperiksaan akhir tingkatan 4 (diagnostik) kepada top 20 di sekolah untuk SPM 2006. Jadi, semustahil mana sekalipun perkara yang kita nak buat kalau kita optimis, tanamkan iltizam dalam diri pasti kita boleh berjaya. InsyaAllah. Tiada yang mustahil dalam kehidupan kita ni sebenarnya. Tapi kejayaan tak akan datang bergolek.

Dalam berblogging sekalipun, kita juga kena optimis. Jangan hanya kerana kita blogger baru, kita takut untuk bersuara. Kadang-kadang penulisan anda mungkin lebih baik daripada penulisan blogger yang telah senior. Asalkan isu yang anda tulis tak merepek-repek. Kita kenalah pandai rebut peluang dan harus tabah dalam menempuhi cabaran mendatang. Kalau kita lemah, pasti mudah untuk kita jatuh terduduk, jatuh tertiarap atau jatuh terguling-guling bila menerima kritikan-kritikan orang lain.

Hari ini 11 Februari – usia saya menginjak kepada 21 tahun. Dah boleh mengundi saya ni kalau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada tahun ni. Hehe. Apa-apapun pengalaman banyak mematangkan kita sebenarnya. Happy Birthday to myself. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. AMIN. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

80 Responses to Hidup Perlu Sentiasa Optimis

  1. cik dogol says:

    eh?jap..
    saya org 1st?haha..bangga2.
    kembang tinge..

    memang hidup kena optimistik.
    ada impian,ada cita-cita.
    manusia kalau takde cita-cita dia zero
    tapi dari zero boleh jadi one,two,three dan seterusnya bila kesedaran dan sikap optimis ditanam dalam jiwa.

    sy klu ikut tahun 22,ikut bulan 21 lagi.kih3
    happy birthday.selamat datang ke alam tua..hoho

    • oryza sativa says:

      @cik dogol, nak tergelak pun ada. kalau kat mana2 yg sy jumpa, youtube ke, website gua.com.my ke, kalo sape yg komen 1st mesti nak bgtau. hehe… tp kdg2 seronok jadi 1st commentator ni.

      btw thanks cik dogol. kita kena slalu optimis dalam hidup kita ok.

  2. zihnun fatin says:

    semangat kamu memang patut dipuji..=)

    cuma setiap org berbeza juga utk sampai tahap optimis..sstgh mungkin dtg iltizamnya dari diri sendiri..yg ni sgt bagus..dan sstgh org de yg perlukan semangat dr org2 tersayang,baru optimis 2 akn dtg…yg penting jgn berputus asa..

    tahniah ye..dah menginjak 21 thn..SANAH HILWAH..=)

    • oryza sativa says:

      terima kasih zihnun fatin. tapi bila kita ada matlamat utk kita capai, kesedaran tu datang dgn sndirinya tak perlu dipaksa2.. kita buat pun bsungguh2..

  3. ko ni thn 89 rupanya.. spm 2006 kan?? haha 1 batch time skolah tp aku muda setahun =)

    anyway happy birthday!

  4. farhana says:

    Oh Amir.. Selamat hari lahir.. Adikkah kamu? Ngeee.. Akak takde hadiah nak bagi nih.. Ahaks.. Pape pon, semoga dgn mningkatnya usia, kamu juga semakin matang dalam menjalani hidup.. Makin optimis.. Berusaha untuk majukan diri.. Berjaya hidup di dunia dan akhirat. Heehee.. :)

    Add Math.. Huhu.. Memang susah pon.. Hehehe..

    • oryza sativa says:

      nak aku panggl kak farhana ke? hehe.. xpelah farhana, aku pun tak pernah nak sambut2 besday ni… hadiah tu pun jarang2 skali dapat.

  5. Oyop says:

    Hoho..happy bday,kite sebaya rupanya..tp,ko tua sebulan lebeh sket…hehe…

    Ouh,lupe nk introduce…aku rakan Redz..satu batch di Manipal nie…

    Kisah kite same…yang penting kite kne optimis…even aku masih fail Add math mase ujian 1st mase F5…karangan BI xyah cite larr..penuh line merah..aku baca balek,sepatah haram x paham ape yg aku tulih….patut la cikgu pggl karangan aku sampah waktu tuh..hahaha

    Anyway,keep up the good work…keep on writing..ok!!

    ps* aku mase F4,dpt num 99 mase final…mase lom kategori 3 angka lg..so,ok what??hehe

    • oryza sativa says:

      samalah kita Oyop, hehe.. welcome to da club. ko pun dah hebat skg, buat medik. aku pun kt sekolah lemah BI. aku pun pening baca essay aku. haha. kelaka sgt bila teringat balik. kkuatan aku subjek2 BM, sejarah, math, akaun.. subjek sains + BI sume teruk. tp syukurla kegagalan byk bagi dorongan utk kita bjaya kan? ko xde blog ke?

  6. Norain Ishak says:

    selamat hari lahir!semoga berjaya dalam apa jua yang diusahakan..

    masa form4, subjek yang paling saya menyampah memang addmaths.sebab saya tak paham apalah yang cikgu perempuan saya ajar.tapi pernahlah dapat sekai A2 ujian pertama dan seterusnya gred consisten adalah D. masuk form 5,ada kesedaran sikit.saya tahu saya kena ubah stigma dalam diri bahawa addmaths tu mudah.bajet pandai dan cakap “ala addmaths tu senang jer”.kebetulan dapat cikgu lelaki yang saya rasa lebih pandai mengajar.jadi dapatlah gred A2,paling kurang B4..dan alhamdulillah spm A1..

    apa yang penting kita kenalah berfikiran positif!

    • oryza sativa says:

      @Norain Ishak, betul tu. Aku pun lalui mcm ko lalui sndiri. Seriously, masa form 4 result teruk sgt. Tapi aku slalu jeles tgk kawan2 yg dpt markah tinggi. Sbb tu ada kesedaran nak berjaya. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa akhirnya dapat jgk A1. Hehe. Mmg tak sangka.

  7. amira says:

    wow..kagum2..hehe..susah kot nak dapat top20 time ujian diagnostik..hehe..

    anyway..happy birthday=)

  8. Ooo…nak cite pasal harijadi rupanya.Hahaha.Ingat bzdy blog dah 21 tahun.Gila lama.Ada tenet dah ker masa tue.Hahaha

    • oryza sativa says:

      Fakhrurazi, takde niat pun nak bagitau pasal besday tu sebenarnya. Bila dah habis taip artikel tu terasa nak letak. Haha. Btw, 21 tahun thn lepas aku baru je lahir. Blog ni hampir 2 bulan usianya.

  9. RaMa2UnGu says:

    Happy birthday..Adik rupanya..heheheh..

    Neway, smoga pjg umur, murah rezki dan seria happy selalu…

  10. ieda says:

    epy beteday bro! muda lagi, jauh perjalanan :) take care

  11. nabilah_2908 says:

    Happy Birthday….(^_^)

  12. Azrul says:

    happy birthday bro :)

  13. ReD says:

    HAPPY BIRTHDAY!;)

    eeh…la ni saya buat projek OPTIMIS.. Operational Polytechnic Total Integrated management Information System! OPTIMIS kan tuh??? hahahaha

  14. aLLy says:

    sangat best ucapan guru itu… :)

  15. cwa... says:

    btw..happy birthday,brO!smge pnjg umr dan dimrahkn rzeki k..hehe
    add math..mmg ssh..aq mse form4 cm kau jgak..time exam je..mrkh add math truk skali..mlu tu mmg malu laa..rse mcm nk menyorok bwh meja je..haha
    so,mse form5 kne usaha lebih laa kn..skang tggu result je..=)

    • oryza sativa says:

      aku dulu segan bila btembung dgn cikgu add math. haha.. rasa nak mgelak je bila jumpa. tp skg aku rapat je dgn cikgu admath tu bila dah keluar sekolah. cikgu2 tak anggap kita bebal pun. hehe. btw, thanks cwa… all da best 4 u. hrp dpt result yg cemerlang ye utk SPM.

  16. Miss Lula says:

    Amir, selamat ulang tahun yang ke-21!
    semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

    ya, kita kena sentiasa optimis and jangan kongkong pemikiran.. kena sentiasa ada usaha untuk memperbaiki diri.. huhu (:

  17. eiyda says:

    salam..
    oo tahun 89 ek..muda tuh…sebaya ngan mylilsis..heheh
    adek la ni kan..
    selamat hari jadi..semoga opanjang umo..n berjayalah lam kehidupan..Aminm..

  18. amad says:

    salam ziarah.

    selamat membesar!
    dah tue dah..uhuk2~ =p
    Happy birthday too.

    teruskan hidup yg indah ini
    tidak lupe jugak tingkatkan amal ibadat. ^^

  19. ROCKprincess says:

    yup2…
    nak berjaya dlm hidup perlu ader sikap optimis…

    u’re already 21???
    i’m going to be 21 dis coming august…
    baper bulan gik sblm bleh mengundi…
    haha… ;) ;);)

  20. jajarina says:

    betol tu.. kena sentiasa optimis bagi mendapatkan minda yang sihat..
    btw, HEPI BURFDAY to u yek.. =D

  21. Mr. Cuz says:

    hepi belated birthday bro..xtau plak birthday ko..hehe
    ape2 pun memang yang ko tulis tu btl..blogger baru mane la berani..tapi kena jadi berani gak la kalau nak berjaya..aku even smpai skarang blogging sendiri2 jer..dh ssh nak online yang iyernye..ape aku dah merepek ni..adui..

  22. dina says:

    happy bufday…:)

  23. Happy birthday!! Sama birthday ngan ayah saya. hehe. Alah~ baru 21 upe nya. Pangkat adek2 lah ni. hahaha :p
    Tapi penulisan mangaih..matured arh… Salute2x. :)

    • oryza sativa says:

      @farhana ghafar, berkongsi birthdayla wit ur dad. hehe…
      ramai blogger yg komen2 kat sini lagi tua dari saya. segan jgk sbb muda lagi. btw thanks 4 ur wish.

  24. deusXmachina says:

    dah 21 ye bro
    selamat hari tua
    erk888
    jangan lupa daftar mengundi

  25. fiezaradzi says:

    selamat hari lahir.. mga usia ini mematangkan diri utk penulisan yg bagus.. keep it up..
    oh ye, blajar kt SBP mane tuh?
    tul.. kite perlu usaha agar kita bjaya sama atau lebih dri org2 yg dh bjaya…

  26. Minye says:

    Happy birthday! May Allah bless. All da best in ur future~~ =)

  27. shahrinabd says:

    21 tahun yang lepas selamatlah awak dilahirkan. itu sudah salah satu contoh optimis yang berlaku sebelum awak lahir.happy birthday

    sy pon teruk math jugak, tak penah lulus sekolah rendah n menengah. Masuk uni plak ambik Bisnes IT and kena ambik dua math subjek,math for bisnes and math for IT. Math bisnes sy repeat skali and math IT saya repeat 2 kali. Kesiankan…

    sampai satu point, saya memasang tekad tak nak fail lagi and I do beleive I boleh buat. Akhirnya berjaya jugak.

    • oryza sativa says:

      Kalau kita ada matlamat dalam diri, insyaAllah kita boleh buat kan shahrinabd. Kdg2 yg tak berjaya ni bukan tak pandai, tapi tak confident, kurang self-esteem dalam diri.

  28. flygurl says:

    happy belated birthday…
    mmg kita kena slalu optimis dan berfikiran positif
    dan jangan mudah berputus asa…
    teringin nak sambung blaja kt australia..
    hope i still get the chance to go there…

  29. mergong, kedah says:

    Menginjak pada bumi yang nyata, dan bekerja untuk memenuhi kepuasan diri adalah antara kunci kepada apa yang ak perolehi sekarang…Alhamdullillah…
    Walaupun ia tak sehebat dengan apa yang orang lain miliki…Tp cukup membahagiakan aku…Buat penulis blog nieh, ak kagum dengan paradigma dan anjakan kejayaan ko dalam pelajaran…
    Moga ak juga berpeluang membuat anjakan pada 25hb februari 2010 nieh dan mengubah kerjaya impian menjadi kerjaya sebenar aku…Amin…

    • oryza sativa says:

      Mergong, aku pun macam orang lain je. Orang belajar, aku belajar. Orang tulis blog, aku tulis blog. Tapi kita kena pandailah bahagikan masa dengan baik kan. nak jadi pelajar cemerlang bukan senang. perlukan pengorbanan dan kena gigih la. apa2pun all da best Mergong utk apa sahaja yg anda impikan dalam kehidupan. :-)

  30. farenova says:

    21 thun, wahhh ayat sgt matang dan berilmu, memang tak mustahil ohmalaysia boleh dapat Top 100 Malaysian Bloggers!..

  31. munirah hesan says:

    hahaha..
    happy belated bday!!
    beza kita seminggu la..
    tp sorry la, tahun xsme..

  32. amin firdaus says:

    well.ko patut sujud syukur.haha.beso dh ko.beb.adatla dlm idup nie kene sacrifice.kalo tak sacrifice sumetin,kiter tak dpt sumetin yg kiter inginkan.aperpon.ko dh boleh ngundi dh!haha

  33. sue says:

    salam..nak tanya mcmana nak semak kputusan sama ada kta dterima utk temuduga ipta atau tdk….tolg ya

  34. dhyra.com says:

    betul!! mcm arsene wenger yg slalu optimis.. 5 Blog Paling Berpengaruh Di Dunia : http://www.dhyra.com/2010/04/5-most-influential-blog-in-world.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>