Ikan Bakar Sambal

ikan bakar sambal

Resepi ikan bakar sambal. Menu ikan memang menjadi makanan favourites semua tidak kira jenis ikan apa sekalipun kerana kelazatannya. Selain menggoreng ikan, kita juga boleh membakarnya. Kali ini chef akan ajar anda resepi ikan bakar sambal.

Bahan-bahannya:

? 15 batang cili kering (atau lebih) – potong & rendam
? 3 biji bawang besar
? 2 biji bawang putih
? 1/2 cm belacan
? 1 biji tomato
? Kisar semua bahan hingga halus
? 1/2 kilo ikan pari [cuci dan salut dengan asam jawa tanpa air ]
? Beberapa helai daun pisang
? 3 biji atau lebih limau kasturi
? Daun ketumbar [racik kasar]
? Garam

 

Cara Penyediaannya:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus. Masukkan garam dan perasa. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.

2. Alas daun pisang di atas dulang pembakar. Letak sedikit sambal dan letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi. Bakar ikan sehingga masak.

3. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar apabila hendak hidangkan.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba resepi ikan bakar sambal ini di rumah. Jangan lupa share resepi sedap ini.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *