Resepi Dapur Malaysia

Ikan Kembung Gulai Kuning

No Comments

130820111175

Sebagai bahagian daripada lauk pauk, ikan memiliki peranan penting dalam memenuhi kebutuhan gizi dan sebagai pelengkap. Ikan kembung memiliki daging yang tebal tetapi relatif sederhana dan ekonomis serta sangat enak diolah dengan masakan gulai kuning.

Ada banyak cara membuat ikan kembung gulai kuning enak ini. Salah satunya adalah resepi masakan ikan kembung dengan gulai kuning kunyit seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung ( potong 2 )
  • 4 biji bawang merah ( tumbuk halus/kisar )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk halus/kisar )
  • 1 inci lengkuas ( tumbuk halus/kisar )
  • 1 inci kunyit ( tumbuk halus/kisar )
  • 1 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 1 kotak kecil santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji bendi
  • Garam 
  • Gula
  • Serbuk perasa 

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan tumbuk/kisar ke dalam periuk. Kemudian masukkan santan, air dan asam gelugor. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan ikan. Kacau dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan lagi sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  3. Masukkan bendi dan juga cili merah. Masak  lagi 2 hingga 3 minit. Boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba resepi ikan kembung gulai kuning ini di rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5