Ikan Pari Bakar

ikan pari bakar

Resepi ikan pari bakar. Hari ini chef akan berkongsi dengan anda resepi ikan pari bakar. Masakan ini selalunya menjadi pilihan ramai untuk menghidangkannya sewaktu berbuka puasa kerana keenakannya. Tidak perlu risau kerana cara-caranya senang sahaja. Jom ikuti resepi di bawah ini.

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan pari (dibelah dua)
  • 2 sudu cili kering (yang dah diblender)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ inci halia (ditumbuk)
  • ½ inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • Sedikit belacan
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun pisang

Cara Penyediaannya: 

  1. Tumbuk belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
  2. Gaulkan dengan cili blender dan masukkan garam dan gula.
  3. Lumurkan pada ikan pari dan balut dengan daun pisang dan bakar menggunakan pemanggang ajaib.

Sedap kan masakan ikan pari bakar ini? Hidangkan masakan ini dengan keluarga tersayang. Share sekali resepi ini ya.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *