Ikan Patin Masak Tempoyak

tempoyakResepi ikan patin masak tempoyak  merupakan hidangan istimewa masyarakat Melayu Pahang. Patin masak tempoyak kini menjadi salah satu hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Hidangan ini tidak memerlukan masa yang lama, cukup sekadar 25 minit dan bahan untuk bahan-bahan ini amat mudah didapati. Ikan patin boleh didapati d ipasar-pasar raya, berbanding dahulu terpaksa turun ke sungai untuk menangkapnya.

Bahan-bahan: 
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar: 
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa.

Good Luck dan semoga resepi ini dapat membantu anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *