Kacang Buncis dengan Bijan

Sayur amat baik untuk kesihatan kita dan memberi banyak manfaat untuk badan. Kacang buncis juga apa kurangnya! Hari ini kita akan memasak resepi kacang buncis dengan bijan.

kacangbuncis

Bahan-bahan (4 Orang ):

  • 200g kacang buncis – dibuang urat dan dipotong menjadi 5 cm panjang
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 2 sudu besar daun halba kering
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh bijan – dipanggang kering untuk hiasan

Adunan Rempah (Dikisar Bersama Dengan Beberapa Sudu Besar Air):

  • 2 sudu teh bijan putih
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu teh serbuk cili merah
  • ¼ sudu the serbuk kunyit
  • 1 sudu teh atau secukup rasa, garam
  • 1 biji bawang besar – dicincang kasar (3/4 cawan)
  • 2 ulas bawang putih

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian):

  • Tenaga 90.06 kalori
  • Protein 1.18 g
  • Karbohidrat 4.26 g
  • Lemak 7.57 g

Cara-cara:

  1. Untuk menyediakan adunan rempah, kisar bawang besar dengan jintan putih, bijan, serbuk ketumbar, serbuk cili merah, bawang putih dan serbuk kunyit dengan sedikit air untuk menjadikannya pes. Kisar menggunakan pengisar kopi atau pengisar rempah.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali atau periuk. Perlahankan api dan masukkan adunan rempah. Tambahkan garam dan kacau goreng selama 2 minit.

3. Masukkan daun halba, tomato dan kacang buncis. Kacau goreng selama 5 minit.

4. Tutup dan biarkan masak selama 10-15 minit atau sehingga kacang lembut. Jangan biarkan layu. Hidang dengan taburan bijan dipanggang bersama roti pilihan.

Sudah siap! Jangan lupa share resepi masakan ini dan anda boleh hidangkannya kepada para tetamu yang datang ke rumah anda.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *