Resepi Dapur Malaysia

Kek Batik Nestum

No Comments
Kek Batik Nestum
Resepi kek batik nestum ini tanpa telur merupakan makanan yang sangat sihat kerana ia menggunakan bijirin nestum untuk sarapan pagi yang sangat popular di Malaysia.
Bahan-bahan:
  • 600 gram roti marie (dipatah 4)
  • 250 gram buttercup
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3 camca besar serbuk koko
  • 3 camca besar nestum
  • 1 sudu teh esen vanila

 Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan susu pekat manis, serbuk koko, nestum dan juga esen vanila di dalam satu bekas dan dikacau sehingga sebati.
  2. Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair menggunakan api yang perlahan.
  3. Masukkan kesemua bahan yang dikacau tadi. Kemudian kacau sehingga agak pekat.
  4. Masukkan roti yang telah dipatahkan dan kacau hingga sebati.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan bahan tadi ke dalam bekas yang telah ditabur dengan sedikit nestum di atasnya.
  6. Setelah dituang ke dalam bekas, ianya hendaklah ditekan sehingga rata. Jika suka sebelum ditekan, bolehlah ditaburkan dengan sedikit nestum.

Sudah siap kek batik nestum anda. Sangat mudah dan lazat. Boleh share dengan rakan-rakan resepi kek batik nestum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5