Kek Coklat Milo Kukus

kek coklat milo kukus

Kek coklat milo kukus ini sangat mudah dan hanya makan masa yang singkat sahaja untuk membuatnya. Jom kita cuba buat kek ini hanya guna resepi di bawah.

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung blue key
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara Penyediaannya: 

  1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar.
  3. Kacau dengan sudip besar, kacau tangan je, jangan guna mixer (takut terlebih naik).
  4. Apabila semua bahan-bahan sudah sebati dalam 5 minit je kacaunye.
  5. Boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung.
  7. Kukus selama 40 minit.  Masa kukus 1 jam dan dah siap! (Jika ingin letak topping lagi bagus).

Sangat enak untuk dimakan bersama-sama keluarga anda. Share sekali resepi kek coklat milo kukus ini ya!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *